Sunday, July 28, 2013

Wazakkir : C.I.N.T.A Untuk Siapa?

Assalamualaikum everyone!
Jadi, macam mana dengan Ramadhan korang?
Perasan tak yang kita dah sampai di 10 hari terakhir dalam bulan Ramadhan?
oleh tu, jom gandakan amalan kita pada 10 hari terakhir ni!
Kali ni aku nak kongsi dengan korang apa yang seorang sahabat aku pernah ceritakan pada aku dulu, berkenaan dengan cinta.
Whoops, HOT topic!
ok, apa-apa pun baca dan hayati dulu ya~

"Cinta itu cahaya sanubari, kurniaan Tuhan untuk insani
Rasa bahagia biarpun sengsara, berkorban segala-gala"
Lirik lagu nasyid "Kerana Cinta" ini singgah sebentar di minda ini bila menulis tajuk ini.
Seringkali perkataan ini bermain-main di fikiran dan seringkali juga ia menjadi tanda tanya orang-orang di sekelilingku bila cinta sejati akan menjemputku. Bukan tidak pernah diintai oleh sang kumbang, tetapi tanpa ikatan yang sah, aku tidak akan sekali-kali membenarkan sang kumbang itu menjemputku apalagi singgah untuk menjengukku.

Hati ini pernah sekali tercuit dengan perasaan itu, tidak seperti selalu yang bermati-matian untuk aku mempertahankannya. Tetapi kali ini, aku rasa perasaan itu sudah semakin menebal..
Dalam fikiranku, adakah aku telah JATUH CINTA?? Tidak mungkin!
Aku katakan pada diriku sendiri bahawa perasaan itu hanya kerana merasa kosong dan cemburu melihat kawan-kawan sekeliling yang sudah bahagia bersama pasangan masing-masing. Untuk menghilangkan perasaan itu, aku hanya bercerita kepada Yang Labih Berhak iaitu Allah SWT. Hanya Allah pemilik hati ini dan hanya Allah yang lebih tahu mana yang terbaik buatku
Setiap malam aku bermuhasabah, bermunajat dan mengharap hanya kepada Allah agar perasaan itu akan hilang. Walaupun tidak secara terus tetapi dengan mendekatkan diri kepada Allah, aku berasa tenang kembali. Tidak seperti sebelum-sebelum ini, hanya mengingatkan dia yang belum halal bagiku dan belum tentu halal bagiku.

Alhamdulillah dengan mendekati Sang Pencipta, diri ini terasa amat tenang dan mampu tersenyum kembali.
Hari-hari yang dilalui terisi kembali dan semakin hari terus melupakan perkara-perkara yang menyebabkan perasaan bergelora dan syaitan menyucuk jiwa.
"Mereka berkata hidup perlukan cinta Agar sejahtera aman dan bahagia Andai tiada atau pudar warnyanyaMeranalah jiwa gelaplah dunia
Warna-warna cinta Yang terlukis di hatimu Semat pada senyuman dan tangismu.."
Lagu "Warna-warna Cinta" nyanyian kumpulan Brothers sedikit sebanyak menyedarkan aku, sebenarnya cinta yang diperlukan oleh jiwa dan hati kita ialah cinta kepada ALLAH SWT.

Cinta ini tidak akan layu, tidak akan pudar, tidak akan mengecewakan, tidak akan merugikan, dan segala jenis tidak. Malahan ia semakin menambahkan kelebihan pada diri kita, menambahkan kebahagiaan, menambahkan senyuman dan meningkatkan darjat kita sebagai hamba Allah.
Pesanan untuk diri dan sahabat-sahabatku di luar sana, jangan kita mengejar cinta manusia selagi cinta kepada Allah belum terlaksana dengan sebaiknya.


Love For Allah~
By Akhi Zaid

Semoga Allah redha akan kalian

Tuesday, July 23, 2013

Dzikrul Maut...

Bismillah, Assalamualaikum...
Kaifa halukum jami'an?
(new phrase, huhu)
Alhamdulillah, hari ni aku nak share dengan korang nukilan yang aku buat lepas subuh tadi
huhu, tapi aku nak cakap satu aje la, memang tak perfect dan puitis, cuma untuk saling mengingatkan antara satu sama lain...

Dzikrul Maut
Wahai diri yang alpa
Engkau sedang berjalan di bumiNya
Engkau sedang makan rezeki kurniaanNya
Engkau sedang bernafas dengan rahmatNya.

Wahai diri yang alpa
Engkau tahu hidup ini ada tujuan
Untuk mengabdikan diri pada Yang Esa
Namun tak pernah kau perdulikannya.

Wahai diri yang alpa
Engkau tahu perjalan ini ada penghujungnya
Yang nantinya ada balasan untuk segalanya
Namun kau terus lupa.

Wahai diri yang alpa
Engkau terus mengingkari arahanNya
Engkau tetap melanggar laranganNya
Lantas masih mengharapkan SyurgaNya?

Bangkitlah wahai diri
Sedarkan dirimu dari lena ini
Bergeraklah persiapkan dirimu
Untuk bertemu Yang Abadi.

memang sungguh macam yang aku cakapkan, tak perfect mahupun puitis
hanya mahu mengingatkan diri ini serta para sahabat semua...
Semoga kita bermuhasabah diri dan lantas memperbaiki kembali kelekaan kita
Semoga Allah redha akan kalian...

Saturday, July 20, 2013

Wazakkir : Adakah Solat Kita Sempurna?

Assalamualaikum~
So, how's your Ramadhan?I bet it's osem, right?
Jadi malam ni aku nak kongsi apa yang seorang sahabat aku pernah share dekat aku.
Ianya berkaitan dengan solat.
Ayuh, luangkan sedikit masa untuk muhasabah diri mengenai solat kita...


 Sabda Rasulullah saw mafhumnya :
“solat itu tiang agama, barangsiapa yang meninggalkan solat maka dia telah meruntuhkan agama”

Hadis di atas menggambarkan bahawa pentingnya solat dalam diri setiap Muslim di atas muka bumi ini. Merupakan rukun Islam yang ke-2 yang diperintahkan oleh Allah Maha Esa melalui Baginda Rasulullah saw dalam peristiwa Isra’ dan Mikraj.

Tetapi muslimin dan muslimah, adakah solat yang kita tunaikan sejak kecil ini sempurna dan diterima Allah? Macam mana kita nak tahu solat yang ditunaikan itu sempurna? Jom kita baca maksud firman Allah ini :

“......dan dirikanlah solat, sesungguhnya solat itu mencegah daripada (perbuatan-perbuatan) keji dan mungkar..... (surah al-Ankabut:45)

Maksud firman di atas cukup untuk menjawab persoalan tadi. Betul ke??
Ayat yang di‘bold’kan itu adalah jawapannya. Maknanya, setiap Muslim yang solat pasti akan mencegah kemungkaran, atau nak senang faham kalau kita nak tahu sempurna ke tidak solat itu, tengoklah akhlak kita.

 Jika baik akhlak kita, maka solat kita sempurna insya-Allah, jika akhlak kita ‘kureng’, buat dosa maka ada yang masih kurang sempurna dalam solat. Contohnya:

1. dalam solat kita berzikir memuji Allah, di luar solat adakah kita sebegini?
2. dalam solat kita menutup aurat dengan sempurna, di luar solat?
3. dalam solat kita menjaga kesihatan, di luar solat adakah kita merokok?

Contoh-contoh di atas menggambarkan adakah solat kita semua sempurna. Menurut kajian, semua perkara baik ada dalam solat, dan patut dipraktikkan di luar solat supaya solat sempurna insya-Allah.

Muslimin dan muslimah, jom kita muhasabah diri kita yang fasiq, lemah ini. Siapa kita di hadapan Allah yang Maha Besar. Kita ibarat lebih kecil daripada abu-abu kecil di angkasa lepas. Mari kita sempurnakan solat bersama-sama dengan ikhlas kerana Allah yang kita cintai insya-Allah.


By Akhi Zaid

Semoga apa yang dikongsikan ini dapat diamalkan dan seterusnya disampaikan kepada orang, insya-Allah.
Semoga Allah redha akan ibadah kalian.
Selamat berpuasa dan berpesta ibadah~

Thursday, July 18, 2013

Jazakumullahu khairan kathira

Assalamualaikum semuanya...
huhu
Apa khabar semua?(jangan nak formal sangat la) =.=''
Apa khabar iman korang?
Erm, macam mana ibadah puasa korang?
Insya-Allah, terbaek dan mantop2 semuanya
(semoga Allah menerima amalan puasa kita, insya-Allah)

Hmm, nak share apa ek?
ok la, aku nak share ni aje la dulu ye...
Mr The All Shared, jazakumullahu khairan kathira atas kebaikan antum share blog ana yang dhoif ni di page korang yang ohsem tu...
huhu
https://www.facebook.com/MrTheAllShared
Tapi aku rasa seriyes macam tak layak pulak nak share blog aku kat MTAs sebenarnya, tapi bila status dia tulis "eh ilmu itu hak awam tau :P", terus aku share, takut pulak dipersoalkan di akhirat nanti kenapa aku tak kongsikan ilmu yang aku tahu.

P/s: Semoga ilmu yang dikongsikan ini dapat diamalkan bersama dan di'share' dengan yang lain.
Kepada MTAs, semoga antum terus istiqamah dengan usaha dakwah antum, semoga Allah permudahkan urusan kalian...
Dan kepada korang semua, semoga Allah redha akan kalian...

#Sekian, wasalam



Wednesday, July 10, 2013

Objektif Ibadah Puasa

Assalamualaikum semua!
huhu, macam mana 1st day Ramadhan korang?
Mesti bestkan sebab ruh untuk beribadah tu ada dan berapi-api dalam diri korang lagi-lagi waktu Ramadhan ni.
Ok, kali ni aku nak kongsi apa yang aku dapat time kuliah subuh tadi.
semoga ilmu ni bermanfaat untuk korang dan korang dapat amalkannya dan share dengan orang lain pulak ya...

Kuliah Subuh Masjid Jamek Tan Sri Ainuddin Wahid
oleh Ust. Rifqi Myiddin

Kita kena tahu objektif kenapa kita beribadat. Dan objektif ibadah puasa adalah pada Surah al-Baqarah, ayat 183:

"Wahai orang yang beriman! Diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang sebelum kamu, agar kamu bertakwa."

Jadi, objektif ibadah puasa adalah untuk bertakwa. Apakah maksud takwa?
Takwa bermaksud melakukan segala perintah Allah dan meninggalkan segala laranganNya.

Saidina Ali r.a. pula mencirikan orang-orang yang bertakwa dengan ciri-ciri berikut:
1. Takut kepada Allah
2. Beramal dengan al-Quran
3. Redha dengan anugerah@pemberian Allah walaupun sedikit
4. Ada persediaan untuk kehidupan di akhirat.

Wallahu'alam
semoga Allah redha akan kalian, insya-Allah


Monday, July 1, 2013

Tentang Saff

MENJADI kebiasaan bagi imam bertugas mengungkapkan hadis Rasulullah SAW ketika berdiri mendirikan solat jemaah.
Ucapan itu bukan direka tanpa tujuan kerana kata itu sahih daripada mulut Rasulullah SAW.

Anas Malik berkata, Rasulullah SAW bersabda bermaksud: "Luruskan saf kamu, kerana saf yang lurus termasuk solat yang sempurna."
(Hadis Riwayat Muslim)

Namun, seruan itu sering diabaikan masyarakat yang mengaku cintakan Nabi Muhammad SAW, tetapi memandang ringan seruan Baginda.
Sesungguhnya kecintaan kepada Rasulullah SAW perlu diterjemahkan dengan mengikut sunnah Baginda.

"Dari Anas bin Malik r.a., Rasulullah s.a.w. bersabda: "Tiga perkara apabila terdapat pada diri seseorang, ia merasai kemanisan iman: siapa yang cintanya kepada Allah dan Rasulnya lebih dari cintanya kepada yang lain, siapa yang cintanya kepada orang lain hanya kerana Allah dan dia membenci untuk kembali kepada kekufuran(maksiat) sebagaimana bencinya dia dilemparkan ke dalam api neraka."


Begitulah kecintaan sebenar kepada Rasulullah SAW perlu mengikut sunnah Baginda seperti firman Allah bermaksud:

"Katakanlah (wahai Muhammad): Jika benar kamu mengasihi Allah maka ikutilah aku, nescaya Allah mengasihi kamu serta mengampunkan dosa kamu. Dan (ingatlah), Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani."
(Surah Ali-Imran, ayat 31)

Mungkin ada yang tidak selesa jika bersolat dalam keadaan rapat serta dalam saf lurus.
Tidak kurang juga timbul perasaan geli untuk berdiri bersentuhan bahu dan bertemu kaki ketika solat jemaah.
Ketahuilah bahawa dalam sunnah yang dipandang ringan ini, terkandung penawar bagi penyakit perpecahan yang sedang melanda umat Islam kini.

Daripada Abu Masud, katanya: "Rasulullah SAW menyentuh bahu kami sebelum solat sambil berkata, luruskan barisanmu (saf), jangan bengkok, nescaya yang menyebabkan hatimu berpecah-belah."
(Hadis riwayat Muslim)

Rasulullah SAW mempunyai cara tersendiri mewujudkan perpaduan utuh di kalangan sahabat dengan menyempurnakan saf.
Ini terbukti apabila generasi yang ditarbiah Rasulullah SAW amat menjaga perpaduan dan tidak mementingkan diri seperti puak Muhajirin serta Ansar yang dapat disatukan.


Ada pihak beranggapan tidak sempurna saf jika kanak-kanak solat bersama, tetapi tidak pula rasa solatnya tidak sempurna jika saf tidak lurus. Setiap kali solat Jumaat atau hari raya, jemaah bersembahyang di luar atau di pekarangan masjid kerana ruangan dalam sudah penuh. Jika semua mementingkan susunan saf yang betul dan lurus, pasti ada jemaah berpeluang solat di dalam masjid. Jika benar ikhlas cintakan Rasulullah SAW dan ingin mengeratkan perpaduan Islam, ikut sunnah nabi supaya merapatkan serta meluruskan saf supaya hilang perasaan ego dan sombong sebaliknya lahir rasa kasih sayang.

p/s: semoga dapat ambil iktibar dan diamalkan, insya-Allah

#sharing is caring