Wednesday, December 22, 2010

18 Tabiat Orang Mahu Berubah

Jika menanam kejujuran, kamu akan mendapat kepercayaan.
Jika menanam kebaikan, kamu akan mendapat persahabatan.
Jika menanam kemanusiaan, kamu akan mendapat penghormatan.
Jika menanam ketekunan, kamu akan mendapat kemenangan.
Jika menanam pertimbangan, kamu akan mendapat keharmonian.
Jika menanam kuat bekerja, kamu akan mendapat kejayaan.
Jika menanam kemaafan, kamu akan mendapat keakraban.
Jika menanam kesabaran, kamu akan mendapat kekuatan dalaman.
Jika menanam keimanan, kamu akan mendapat syurga.
Jika menanam penghinaan, kamu akan mendapat pembelotan.
Jika menanam kepentingan diri, kamu akan mendapat kesepian.
Jika menanam bangga diri, kamu akan mendapat kekecewaan.
Jika menanam kemalasan, kamu akan mendapat kebuntuan.
Jika menanam permusuhan, kamu akan mendapat pemencilan.
Jika menanam ketamakan, kamu akan mendapat kerugian.
Jika menanam fitnah, kamu akan mendapat musuh.
Jika menanam kebimbangan, kamu akan mendapat kekedutan di wajah.
Jika menanam dosa, kamu akan mendapat neraka.

7 golongan...

Tujuh golongan yang mendapat perlindungan Allah daripada azab di Padang Mahsyar sebagaimana direkodkan oleh Bukhari dan Muslim ialah:

1. Pemimpin yang adil.
2. Orang yang menggunakan masa mudanya beribadah kepada Allah.
3. Orang yang intim dengan masjid.
4. Dua orang yang saling mencintai kerana Allah.
5. Lelaki yang menolak pujuk rayu wanita berharta lagi jelita(bagi berbuat maksiat).
6. Orang yang bersedekah dengan ikhlas.
7. Orang yang berzikir kepada Allah di tempat sunyi hingga menangis kerananya.

~sumber: Buku Offline dengan Syaitan~

Thursday, October 28, 2010

kisah si sahabat

Kisah berkenaan seorang hamba Allah, mempunyai seorang sahabat karib. Satu hari, dia dan sahabatnya berpisah. Hamba Allah itu terus belajar dan mencari ilmu. Dia telah putus berita berkenaan sahabatnya. Hinggalah satu hari, seorang lelaki datang kepada Hamba Allah ini dan bertanya.

"Tuan, kamu kenal dengan fulan bin fulan ini?"

Hamba Allah itu menjawab,"Ya, dia adalah sahabat karibku."

"Aku dengar sekarang dia sudah rosak, tersungkur di lembah kemaksiatan dan melanggar perintah Allah."

"Oh." Hamba Allah itu terus pulang ke rumah dan bersiap untuk bermusafir. Lelaki tadi pelik apabila melihat Hamba Allah itu bersiap untuk bermusafir.

"Tuan, tuan hendak ke mana?"

Hamba Allah itu menjawab, "Aku hendak berjumpa dengan sahabatku."

"Buat apa? Tuan masih menganggap dia sahabat? Dia sudah melanggar perintah Allah, tuan."

"Sebab itulah aku ingin mencarinya. Aku ingin menyelamatkannya."

"Kenapa?"

"Sebab aku adalah sahabatnya."

P/s: Alangkah indahnya jika kita menjadi seperti Hamba Allah itu. Dia tetap ingin menyelamatkan sahabatnya kerana persahabatan dia hanya kerana Allah. ;)