Thursday, September 12, 2013

Cantiknya Seni

Assalamualaikum!
Apakah pengkhabaran kalian?
sihat? Alahmdulillah

Maaf la dah lama tak up-date blog ni
huhu, sibuk sikit dengan urusan di tempat belajar
okay, enough being a blabber zaf, let's start writting...

“Cuba tengok semua jenis hasil lakaran di dunia ni, cantik kan?
 Perasan tak, semuanya tak sama kan?
 Semuanya berlainan, menarik minat yang melihat dengan corak yang tersendiri.”

Apa kaitan dengan post kali ni?
OK, bertenang sebentar. Cuba renungkan ini pula, “setiap orang meminati genre muzik masing-masing kan? Bukan semua orang suka genre yang sama kan?”

Ok, apa yang aku nak cakapkan di sini adalah, cara berdakwah bagi setiap orang adalah berlainan, tak sama. Setiap orang ada method mereka sendiri dalam menyampaikan dakwah atau mengajak ke arah kebaikan. Contoh, Ustaz Azhar Idrus(UAI), cara dia berdakwah menggunakan pendekatan berunsur lawak. Ustaz Haslin Baharin(UHB) pulak berdakwah dengan gaya dan lagu Bollywood dia.

“Kenapa nak sampaikan dengan pelbagai cara?”
Sebab target dakwah mereka adalah semua orang, yang datang dari pelbagai lapisan masyarakat.
Lagi pelbagai cara@seni  berdakwah, insya-Allah lagi ramai yang tertarik dengan ilmu.
Konklusinya, teruskan dengan cara anda berdakwah. Asalkan tak salah dan tak bercanggah dengan apa yang nak disampaikan, teruskan.

# Jangan pernah berputus asa untuk berdakwah

P/s: semoga bermanfaat, terus berdakwah dan bersama membaiki diri~

Wednesday, August 28, 2013

Mula berfikir dengan matang

Assalamualaikum
kaifa imanukum jami'an?

ok, kali ni aku nak share sikit dengan korang tentang apa yang ada dalam fikiran aku ni
ni pasal kahwin
eh, aku ni dah kenapa?
whoops, jangan fikir psl aku nak kahwin ke apa ya anak2, tengok sat apa yang aku nak kongsikan ni

Erm, skarang ni aku tengok dah semacam satu trend ya bercakap pasal kahwin awal. Bagi aku bagus la kalau dah ada cita-cita macam tu, antaranya dapat la nak elakkan maksiat dan kawal diri serta ada rasa bertanggungjawab tu semua.
But...
haa ada perkataan 'but' pulak?
Yup, tapi apa gunanya kalau sibuk bercakap tentang kahwin awal kalau diri sendiri tak persiapkan diri ke arah tu, right?
Aku terfikir, takkan la kahwin@nikah tu sekadar lafaz di mulut je?
Kalau senang macam tu la, semua orang pun nak(termasuk aku, eh?)

Oit braders and sisters, kalau nak sembang kencang pasal kahwin awal tu, persediaan ke arah tu pun mesti la sekencang apa yang korang sembangkan.
Macam mana persediaan ilmu korang, ilmu dunia dan ilmu akhirat, dua-dua tu sama penting ya, lagi-lagi ilmu akhirat tu.
Ilmu tentang al-Quran, hadith, ilmu feqah, ibadat, ilmu pengurusan, ilmu tentang kewangan, ilmu keibu bapaan, ilmu untuk mendidik anak-anak, ilmu emosi, ilmu skill memasak dan sebagainya.
Apa, hangpa ingat kahwin tu untuk seronok-seronok je ke?
Korang kena ingat yang berumah tangga tu lebih dari sekadar bersuami dan bersisteri, macam mana korang nak handle rumah tangga dan sebagainya...

Dan part yang paling penting, yang mana kebanyakan orang-orang biasa terlupa, macam mana nak bawa keluarga yang kita bina tu ke syurga?
Yela, takkan korang taknak bawa orang-orang yang korang cintai ke syurga, ke just nak happy2 di dunia je?

So, better bagi korang(especially aku) start ketuk pintu permikiran korang dan start untuk berfikir dengan matang.
Fikirkan tentang persediaan tu lebih utama daripada fikirkan tentang nak kahwin awal tanpa ada sebarang preparation, right?
Stakat ni je dulu perkongsian dari aku, mana-mana yang kurang minta tolong tambahkan, mana-mana yang salah mohon ditegur dengan segera ya~

Wallahu'alam, semoga perkongsian ini bermanfaat buat kalian
semoga Allah redha akan kalian

P/s: untuk lebih lanjut, silalah rujuk buku-buku ilmiah yang berkaitan seperti "Sebelum Aku Bernikah, karangan Hilal Asyraf", video-video di youtube seperti "V5-sudikah awak..." dan "sebelum aku terima nikahnya"...

Wednesday, August 21, 2013

Belum tikanya lagi

Assalamualaikum
kaifa imanukum jamian?
(apa khabar iman anda sekalian?)
huhu

Alhamdulillah, tadi tengah2 membaca artikel2 yang ada di facebook, tetiba keluar ilham untuk cipta satu nukilan...
:D
so, enjoy ya?

Belum Tikanya Lagi

Allahu,
sungguhku belum merasakan diri ini mampu,
bahkan masih jauh dari 'gelaran' layak.

Masih banyak yang perlu ku ubah,
masih banyak yang perlu ditingkat,
juga masih banyak yang perlu ditambah.

Ya Allah, tabahkanlah aku...

Sekian
P/s: owh ya, harap2 bermanfaat untuk kalian ya~

Sunday, July 28, 2013

Wazakkir : C.I.N.T.A Untuk Siapa?

Assalamualaikum everyone!
Jadi, macam mana dengan Ramadhan korang?
Perasan tak yang kita dah sampai di 10 hari terakhir dalam bulan Ramadhan?
oleh tu, jom gandakan amalan kita pada 10 hari terakhir ni!
Kali ni aku nak kongsi dengan korang apa yang seorang sahabat aku pernah ceritakan pada aku dulu, berkenaan dengan cinta.
Whoops, HOT topic!
ok, apa-apa pun baca dan hayati dulu ya~

"Cinta itu cahaya sanubari, kurniaan Tuhan untuk insani
Rasa bahagia biarpun sengsara, berkorban segala-gala"
Lirik lagu nasyid "Kerana Cinta" ini singgah sebentar di minda ini bila menulis tajuk ini.
Seringkali perkataan ini bermain-main di fikiran dan seringkali juga ia menjadi tanda tanya orang-orang di sekelilingku bila cinta sejati akan menjemputku. Bukan tidak pernah diintai oleh sang kumbang, tetapi tanpa ikatan yang sah, aku tidak akan sekali-kali membenarkan sang kumbang itu menjemputku apalagi singgah untuk menjengukku.

Hati ini pernah sekali tercuit dengan perasaan itu, tidak seperti selalu yang bermati-matian untuk aku mempertahankannya. Tetapi kali ini, aku rasa perasaan itu sudah semakin menebal..
Dalam fikiranku, adakah aku telah JATUH CINTA?? Tidak mungkin!
Aku katakan pada diriku sendiri bahawa perasaan itu hanya kerana merasa kosong dan cemburu melihat kawan-kawan sekeliling yang sudah bahagia bersama pasangan masing-masing. Untuk menghilangkan perasaan itu, aku hanya bercerita kepada Yang Labih Berhak iaitu Allah SWT. Hanya Allah pemilik hati ini dan hanya Allah yang lebih tahu mana yang terbaik buatku
Setiap malam aku bermuhasabah, bermunajat dan mengharap hanya kepada Allah agar perasaan itu akan hilang. Walaupun tidak secara terus tetapi dengan mendekatkan diri kepada Allah, aku berasa tenang kembali. Tidak seperti sebelum-sebelum ini, hanya mengingatkan dia yang belum halal bagiku dan belum tentu halal bagiku.

Alhamdulillah dengan mendekati Sang Pencipta, diri ini terasa amat tenang dan mampu tersenyum kembali.
Hari-hari yang dilalui terisi kembali dan semakin hari terus melupakan perkara-perkara yang menyebabkan perasaan bergelora dan syaitan menyucuk jiwa.
"Mereka berkata hidup perlukan cinta Agar sejahtera aman dan bahagia Andai tiada atau pudar warnyanyaMeranalah jiwa gelaplah dunia
Warna-warna cinta Yang terlukis di hatimu Semat pada senyuman dan tangismu.."
Lagu "Warna-warna Cinta" nyanyian kumpulan Brothers sedikit sebanyak menyedarkan aku, sebenarnya cinta yang diperlukan oleh jiwa dan hati kita ialah cinta kepada ALLAH SWT.

Cinta ini tidak akan layu, tidak akan pudar, tidak akan mengecewakan, tidak akan merugikan, dan segala jenis tidak. Malahan ia semakin menambahkan kelebihan pada diri kita, menambahkan kebahagiaan, menambahkan senyuman dan meningkatkan darjat kita sebagai hamba Allah.
Pesanan untuk diri dan sahabat-sahabatku di luar sana, jangan kita mengejar cinta manusia selagi cinta kepada Allah belum terlaksana dengan sebaiknya.


Love For Allah~
By Akhi Zaid

Semoga Allah redha akan kalian

Tuesday, July 23, 2013

Dzikrul Maut...

Bismillah, Assalamualaikum...
Kaifa halukum jami'an?
(new phrase, huhu)
Alhamdulillah, hari ni aku nak share dengan korang nukilan yang aku buat lepas subuh tadi
huhu, tapi aku nak cakap satu aje la, memang tak perfect dan puitis, cuma untuk saling mengingatkan antara satu sama lain...

Dzikrul Maut
Wahai diri yang alpa
Engkau sedang berjalan di bumiNya
Engkau sedang makan rezeki kurniaanNya
Engkau sedang bernafas dengan rahmatNya.

Wahai diri yang alpa
Engkau tahu hidup ini ada tujuan
Untuk mengabdikan diri pada Yang Esa
Namun tak pernah kau perdulikannya.

Wahai diri yang alpa
Engkau tahu perjalan ini ada penghujungnya
Yang nantinya ada balasan untuk segalanya
Namun kau terus lupa.

Wahai diri yang alpa
Engkau terus mengingkari arahanNya
Engkau tetap melanggar laranganNya
Lantas masih mengharapkan SyurgaNya?

Bangkitlah wahai diri
Sedarkan dirimu dari lena ini
Bergeraklah persiapkan dirimu
Untuk bertemu Yang Abadi.

memang sungguh macam yang aku cakapkan, tak perfect mahupun puitis
hanya mahu mengingatkan diri ini serta para sahabat semua...
Semoga kita bermuhasabah diri dan lantas memperbaiki kembali kelekaan kita
Semoga Allah redha akan kalian...

Saturday, July 20, 2013

Wazakkir : Adakah Solat Kita Sempurna?

Assalamualaikum~
So, how's your Ramadhan?I bet it's osem, right?
Jadi malam ni aku nak kongsi apa yang seorang sahabat aku pernah share dekat aku.
Ianya berkaitan dengan solat.
Ayuh, luangkan sedikit masa untuk muhasabah diri mengenai solat kita...


 Sabda Rasulullah saw mafhumnya :
“solat itu tiang agama, barangsiapa yang meninggalkan solat maka dia telah meruntuhkan agama”

Hadis di atas menggambarkan bahawa pentingnya solat dalam diri setiap Muslim di atas muka bumi ini. Merupakan rukun Islam yang ke-2 yang diperintahkan oleh Allah Maha Esa melalui Baginda Rasulullah saw dalam peristiwa Isra’ dan Mikraj.

Tetapi muslimin dan muslimah, adakah solat yang kita tunaikan sejak kecil ini sempurna dan diterima Allah? Macam mana kita nak tahu solat yang ditunaikan itu sempurna? Jom kita baca maksud firman Allah ini :

“......dan dirikanlah solat, sesungguhnya solat itu mencegah daripada (perbuatan-perbuatan) keji dan mungkar..... (surah al-Ankabut:45)

Maksud firman di atas cukup untuk menjawab persoalan tadi. Betul ke??
Ayat yang di‘bold’kan itu adalah jawapannya. Maknanya, setiap Muslim yang solat pasti akan mencegah kemungkaran, atau nak senang faham kalau kita nak tahu sempurna ke tidak solat itu, tengoklah akhlak kita.

 Jika baik akhlak kita, maka solat kita sempurna insya-Allah, jika akhlak kita ‘kureng’, buat dosa maka ada yang masih kurang sempurna dalam solat. Contohnya:

1. dalam solat kita berzikir memuji Allah, di luar solat adakah kita sebegini?
2. dalam solat kita menutup aurat dengan sempurna, di luar solat?
3. dalam solat kita menjaga kesihatan, di luar solat adakah kita merokok?

Contoh-contoh di atas menggambarkan adakah solat kita semua sempurna. Menurut kajian, semua perkara baik ada dalam solat, dan patut dipraktikkan di luar solat supaya solat sempurna insya-Allah.

Muslimin dan muslimah, jom kita muhasabah diri kita yang fasiq, lemah ini. Siapa kita di hadapan Allah yang Maha Besar. Kita ibarat lebih kecil daripada abu-abu kecil di angkasa lepas. Mari kita sempurnakan solat bersama-sama dengan ikhlas kerana Allah yang kita cintai insya-Allah.


By Akhi Zaid

Semoga apa yang dikongsikan ini dapat diamalkan dan seterusnya disampaikan kepada orang, insya-Allah.
Semoga Allah redha akan ibadah kalian.
Selamat berpuasa dan berpesta ibadah~

Thursday, July 18, 2013

Jazakumullahu khairan kathira

Assalamualaikum semuanya...
huhu
Apa khabar semua?(jangan nak formal sangat la) =.=''
Apa khabar iman korang?
Erm, macam mana ibadah puasa korang?
Insya-Allah, terbaek dan mantop2 semuanya
(semoga Allah menerima amalan puasa kita, insya-Allah)

Hmm, nak share apa ek?
ok la, aku nak share ni aje la dulu ye...
Mr The All Shared, jazakumullahu khairan kathira atas kebaikan antum share blog ana yang dhoif ni di page korang yang ohsem tu...
huhu
https://www.facebook.com/MrTheAllShared
Tapi aku rasa seriyes macam tak layak pulak nak share blog aku kat MTAs sebenarnya, tapi bila status dia tulis "eh ilmu itu hak awam tau :P", terus aku share, takut pulak dipersoalkan di akhirat nanti kenapa aku tak kongsikan ilmu yang aku tahu.

P/s: Semoga ilmu yang dikongsikan ini dapat diamalkan bersama dan di'share' dengan yang lain.
Kepada MTAs, semoga antum terus istiqamah dengan usaha dakwah antum, semoga Allah permudahkan urusan kalian...
Dan kepada korang semua, semoga Allah redha akan kalian...

#Sekian, wasalam



Wednesday, July 10, 2013

Objektif Ibadah Puasa

Assalamualaikum semua!
huhu, macam mana 1st day Ramadhan korang?
Mesti bestkan sebab ruh untuk beribadah tu ada dan berapi-api dalam diri korang lagi-lagi waktu Ramadhan ni.
Ok, kali ni aku nak kongsi apa yang aku dapat time kuliah subuh tadi.
semoga ilmu ni bermanfaat untuk korang dan korang dapat amalkannya dan share dengan orang lain pulak ya...

Kuliah Subuh Masjid Jamek Tan Sri Ainuddin Wahid
oleh Ust. Rifqi Myiddin

Kita kena tahu objektif kenapa kita beribadat. Dan objektif ibadah puasa adalah pada Surah al-Baqarah, ayat 183:

"Wahai orang yang beriman! Diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang sebelum kamu, agar kamu bertakwa."

Jadi, objektif ibadah puasa adalah untuk bertakwa. Apakah maksud takwa?
Takwa bermaksud melakukan segala perintah Allah dan meninggalkan segala laranganNya.

Saidina Ali r.a. pula mencirikan orang-orang yang bertakwa dengan ciri-ciri berikut:
1. Takut kepada Allah
2. Beramal dengan al-Quran
3. Redha dengan anugerah@pemberian Allah walaupun sedikit
4. Ada persediaan untuk kehidupan di akhirat.

Wallahu'alam
semoga Allah redha akan kalian, insya-Allah


Monday, July 1, 2013

Tentang Saff

MENJADI kebiasaan bagi imam bertugas mengungkapkan hadis Rasulullah SAW ketika berdiri mendirikan solat jemaah.
Ucapan itu bukan direka tanpa tujuan kerana kata itu sahih daripada mulut Rasulullah SAW.

Anas Malik berkata, Rasulullah SAW bersabda bermaksud: "Luruskan saf kamu, kerana saf yang lurus termasuk solat yang sempurna."
(Hadis Riwayat Muslim)

Namun, seruan itu sering diabaikan masyarakat yang mengaku cintakan Nabi Muhammad SAW, tetapi memandang ringan seruan Baginda.
Sesungguhnya kecintaan kepada Rasulullah SAW perlu diterjemahkan dengan mengikut sunnah Baginda.

"Dari Anas bin Malik r.a., Rasulullah s.a.w. bersabda: "Tiga perkara apabila terdapat pada diri seseorang, ia merasai kemanisan iman: siapa yang cintanya kepada Allah dan Rasulnya lebih dari cintanya kepada yang lain, siapa yang cintanya kepada orang lain hanya kerana Allah dan dia membenci untuk kembali kepada kekufuran(maksiat) sebagaimana bencinya dia dilemparkan ke dalam api neraka."


Begitulah kecintaan sebenar kepada Rasulullah SAW perlu mengikut sunnah Baginda seperti firman Allah bermaksud:

"Katakanlah (wahai Muhammad): Jika benar kamu mengasihi Allah maka ikutilah aku, nescaya Allah mengasihi kamu serta mengampunkan dosa kamu. Dan (ingatlah), Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani."
(Surah Ali-Imran, ayat 31)

Mungkin ada yang tidak selesa jika bersolat dalam keadaan rapat serta dalam saf lurus.
Tidak kurang juga timbul perasaan geli untuk berdiri bersentuhan bahu dan bertemu kaki ketika solat jemaah.
Ketahuilah bahawa dalam sunnah yang dipandang ringan ini, terkandung penawar bagi penyakit perpecahan yang sedang melanda umat Islam kini.

Daripada Abu Masud, katanya: "Rasulullah SAW menyentuh bahu kami sebelum solat sambil berkata, luruskan barisanmu (saf), jangan bengkok, nescaya yang menyebabkan hatimu berpecah-belah."
(Hadis riwayat Muslim)

Rasulullah SAW mempunyai cara tersendiri mewujudkan perpaduan utuh di kalangan sahabat dengan menyempurnakan saf.
Ini terbukti apabila generasi yang ditarbiah Rasulullah SAW amat menjaga perpaduan dan tidak mementingkan diri seperti puak Muhajirin serta Ansar yang dapat disatukan.


Ada pihak beranggapan tidak sempurna saf jika kanak-kanak solat bersama, tetapi tidak pula rasa solatnya tidak sempurna jika saf tidak lurus. Setiap kali solat Jumaat atau hari raya, jemaah bersembahyang di luar atau di pekarangan masjid kerana ruangan dalam sudah penuh. Jika semua mementingkan susunan saf yang betul dan lurus, pasti ada jemaah berpeluang solat di dalam masjid. Jika benar ikhlas cintakan Rasulullah SAW dan ingin mengeratkan perpaduan Islam, ikut sunnah nabi supaya merapatkan serta meluruskan saf supaya hilang perasaan ego dan sombong sebaliknya lahir rasa kasih sayang.

p/s: semoga dapat ambil iktibar dan diamalkan, insya-Allah

#sharing is caring

Saturday, June 22, 2013

Alangkah lemahnya kita ini...

Allah baru hantar jerebu, tapi kita dah mengeluh, rasa tak selesa, sakit-sakit.
Itu belum lagi Allah hantar bala bencana yang lebih dahsyat, macam tsunami, gempa bumi.
Agak-agak anda, apa reaksi kita pada waktu itu?

Sebenarnya, Allah hantar jerebu adalah untuk memberi peringatan kepada kita(termasuklah saya).
Atas segala dosa dan maksiat yang telah kita lakukan.
Allah nak kita kembali kepadaNya, lakukan suruhannya dan tinggalkan segala laranganNya.

Jom, bersama-sama kita kembali muhasabah diri, renungkan kembali segala perbuatan kita.
Kembali kejalan yang Allah redhai. Semoga Allah merahmati dan mengampuni kita.

Sekian, wallahu'alam.
Semoga Allah redha akan kalian.

#muhasabah malam

Thursday, June 20, 2013

Kita adalah pekerjaNya

"kerja sampai mati"

hidup kita ni adalah untuk bekerja(menjadi hamba) kepada Allah sampai kita meninggal dunia. tak cayer? cube selak Quran korang, cari surah az-Zariyat, ayat 56. apa yang Allah firman?

Maksudnya :
“Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan Jin dan Manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepadaKu.”

kita dijadikan atas muka bumi untuk "serve" Allah, beribadah kepada Allah, buat apa yang Allah dah perintahkan kepada kita, tinggalkan apa yang Allah dah haramkan ke atas kita.

#tunggu apa lagi?


jom bekerja "lillahi ta'ala"

Friday, June 14, 2013

Merendah diri untuk menghormati orang lain

Tips untuk sentiasa merendah diri kepada orang lain:

1) bila berjumpa dengan orang yang sebaya dengan kita, fikirkan mereka lebih hebat dari kita
2) bila berjumpa dengan orang yang lebih tua dari kita, fikirkan mereka lebih banyak melakukan ibadat dalam hidup kerana mereka lebih lama hidup berbanding kita
3) bila berjumpa dengan orang yang berilmu, fikirkan mereka lebih berpengetahuan berbanding kita
4) bila berjumpa dengan budak kecil, fikirkan mereka lagi mulia berbanding kita kerana mereka belum banyak dosa
5) bila berjumpa dengan orang yang melakukan dosa, fikirkan mereka lakukan dosa kerana jahil manakala kita lakukan dosa padahal kita tahu

Semoga mendapat manfaat
insya-Allah (^_^)

by Akhi Zaid

Monday, June 10, 2013

Terbaek

Bismillah...

"susahnya untuk mendapatkan yang terbaik?"

okay, ini ada satu contoh: untuk mendapatkan isteri@suami yang terbaik, apa yang kita perlu buat? belajar dan bersiap untuk menjadi suami@isteri yang hebat, persiapkan diri dengan ilmu keibubapaan, persiapkan diri dengan ilmu rumah tangga, mujahadah dalam setiap perkara dan blah3. so, macam tu jugaklah untuk mendapatkan tingkat syurga yang terbaik. persiapkan diri dengan segala ilmu, lakukan apa yang Allah suruh dan tinggalkan apa yang Allah larang, contohi Nabi S.A.W., ikuti sunnah dan macam2 lagi.


p/s: untuk dapatkan yang terbaik, perlu jadi yang terbaik


#analogi yang "terbaek"
ehehe

Sunday, June 2, 2013

Curang

ku akui ku pencinta sejati
ku berjanji yang Kau slalu kusayangi
namun KASIH Kau slalu ku bohongi 
betapa malunya aku menghadapMu..

mencariMu hanya bila ku rindu
mula bersujud hanya bila ku perlu
namun bila Kau beriku cinta
panggilanMu tak pernah aku mendengar

angkuhnya ku pada kejadianku
merasakan dunia lama milikku
kan kelukah lidah bersyahadah cinta?
bila nafas di hujung nyawa

curangnya aku di setiap nafasku
melupakan aku hanya milikMu
jauhkah syurga dari pandangan?
kifarah dosa kini sakit ku rasakan

Tuhan..berikan aku peluang
curang yang lalu takkan berulang

(edited)


by Akhi Zaid

Friday, May 24, 2013

Mujahadah Ini

"Benda yang paling susah sekali untuk kita buat adalah melawan nafsu kita."

Hmm, tak dinafikan bahawa nak melawan nafsu ni memang benda yang bukan mudah untuk kita laksanakan. Semua orang secara umumnya (termasuklah aku sendiri) payah untuk buat. Sebab tu ada Hadith Nabi S.A.W. berkenaan jihad melawan nafsu.


“Nabi shollallahu ‘alaihi wasallam telah datang daripada sebuah perang bagi mereka lalu Baginda s.a.w. bersabda: "Kamu semua telah datang daripada tempat yang sebaik-baiknya. Kamu telah datang daripada jihad kecil menuju jihad yang lebih besar." Dikatakan: "Apa jihad lebih besar itu?" Rasulullah s.a.w menjawab: "Seseorang hamba mujahadah melawan hawa nafsunya".


Hadis riwayat Imam Al-Baihaqi, kitab Az-Zuhd Al-Kabir

Jadi, apa yang ditunggukan lagi, jom kita bersama-sama memenuhi tuntutan syarak. Bersama-sama menuju jihad yang lebih besar, iaitu mujahadah melawan nafsu. Hadis Nabi S.A.W. :

“Orang yang berjihad ialah orang yang melawan nafsunya”

Hadis Riwayat Tirmizi, Hadis Hasan Sahih

#Bermujahadah menjadi Hamba yang berjaya di dunia dan akhirat

Wednesday, May 22, 2013

Aku Mulakan Semula

:)
Assalamualaikum semua!
Ya Allah, dah lamanya daku tinggalkan blog ni. Rasanya dah lebih setahun aku abaikan ruang karyaku ni.
"Haish, apelah aku ni, tak istiqamah dalam hal ni." Ok, stop about that, apa yang aku dapat cakapkan sekarang ini hanyalah "Insya-Allah saya akan cuba istiqamah berblogging dan berkongsi apa yang saya tahu."

:)


Insya-Allah, doakan saya.


"Amal kebaikan yang disukai Allah ialah yang sentiasa dilakukan walaupun sedikit." 

(Riwayat Bukhari)

so, apa yang dapat aku buat sekarang ni(sementara tak bekerja@sambung belajar) adalah berblogging.

Assalamualaikum