Assalamualaikum everyone!
Jadi, macam mana dengan Ramadhan korang?
Perasan tak yang kita dah sampai di 10 hari terakhir dalam bulan Ramadhan?
oleh tu, jom gandakan amalan kita pada 10 hari terakhir ni!
Jadi, macam mana dengan Ramadhan korang?
Perasan tak yang kita dah sampai di 10 hari terakhir dalam bulan Ramadhan?
oleh tu, jom gandakan amalan kita pada 10 hari terakhir ni!
Kali ni aku nak kongsi dengan korang apa yang seorang sahabat aku pernah ceritakan pada aku dulu, berkenaan dengan cinta.
Whoops, HOT topic!
ok, apa-apa pun baca dan hayati dulu ya~
"Cinta
itu cahaya sanubari, kurniaan Tuhan untuk insani
Rasa
bahagia biarpun sengsara, berkorban segala-gala"
Lirik
lagu nasyid "Kerana Cinta" ini singgah sebentar di minda ini bila
menulis tajuk ini.
Seringkali
perkataan ini bermain-main di fikiran dan seringkali juga ia menjadi tanda
tanya orang-orang di sekelilingku bila cinta sejati akan
menjemputku. Bukan tidak pernah diintai oleh sang kumbang, tetapi tanpa
ikatan yang sah, aku tidak akan sekali-kali membenarkan sang kumbang itu
menjemputku apalagi singgah untuk menjengukku.
Hati
ini pernah sekali tercuit dengan perasaan itu, tidak seperti selalu yang
bermati-matian untuk aku mempertahankannya. Tetapi kali ini, aku rasa perasaan
itu sudah semakin menebal..
Dalam
fikiranku, adakah aku telah JATUH CINTA?? Tidak mungkin!
Aku
katakan pada diriku sendiri bahawa perasaan itu hanya kerana merasa kosong dan
cemburu melihat kawan-kawan sekeliling yang sudah bahagia bersama pasangan
masing-masing. Untuk menghilangkan perasaan itu, aku hanya bercerita
kepada Yang Labih Berhak iaitu Allah SWT. Hanya Allah pemilik hati ini dan
hanya Allah yang lebih tahu mana yang terbaik buatku
Setiap
malam aku bermuhasabah, bermunajat dan mengharap hanya kepada Allah agar
perasaan itu akan hilang. Walaupun tidak secara terus tetapi dengan mendekatkan
diri kepada Allah, aku berasa tenang kembali. Tidak seperti
sebelum-sebelum ini, hanya mengingatkan dia yang belum halal bagiku dan belum
tentu halal bagiku.
Alhamdulillah
dengan mendekati Sang Pencipta, diri ini terasa amat tenang dan mampu tersenyum
kembali.
Hari-hari
yang dilalui terisi kembali dan semakin hari terus melupakan perkara-perkara
yang menyebabkan perasaan bergelora dan syaitan menyucuk jiwa.
"Mereka
berkata hidup perlukan cinta Agar
sejahtera aman dan bahagia Andai
tiada atau pudar warnyanyaMeranalah jiwa gelaplah dunia
Warna-warna
cinta Yang
terlukis di hatimu Semat
pada senyuman dan tangismu.."
Lagu
"Warna-warna Cinta" nyanyian kumpulan Brothers sedikit sebanyak
menyedarkan aku, sebenarnya cinta yang diperlukan oleh jiwa dan hati kita ialah
cinta kepada ALLAH SWT.
Cinta
ini tidak akan layu, tidak akan pudar, tidak akan mengecewakan, tidak akan
merugikan, dan segala jenis tidak. Malahan ia semakin menambahkan kelebihan
pada diri kita, menambahkan kebahagiaan, menambahkan senyuman dan meningkatkan
darjat kita sebagai hamba Allah.
Pesanan
untuk diri dan sahabat-sahabatku di luar sana, jangan kita mengejar cinta
manusia selagi cinta kepada Allah belum terlaksana dengan sebaiknya.
Love
For Allah~
By Akhi Zaid
Semoga Allah redha akan kalian
No comments:
Post a Comment