MENJADI kebiasaan bagi imam bertugas mengungkapkan hadis
Rasulullah SAW ketika berdiri mendirikan solat jemaah.
Ucapan itu bukan direka tanpa tujuan kerana kata itu sahih
daripada mulut Rasulullah SAW.
Anas Malik berkata, Rasulullah SAW bersabda bermaksud:
"Luruskan saf kamu, kerana saf yang lurus termasuk solat yang
sempurna."
(Hadis Riwayat Muslim)
Namun, seruan itu sering diabaikan masyarakat yang mengaku
cintakan Nabi Muhammad SAW, tetapi memandang ringan seruan Baginda.
Sesungguhnya kecintaan kepada Rasulullah SAW perlu
diterjemahkan dengan mengikut sunnah Baginda.
"Dari Anas bin Malik r.a., Rasulullah s.a.w. bersabda: "Tiga perkara apabila terdapat pada diri seseorang, ia merasai kemanisan iman: siapa yang cintanya kepada Allah dan Rasulnya lebih dari cintanya kepada yang lain, siapa yang cintanya kepada orang lain hanya kerana Allah dan dia membenci untuk kembali kepada kekufuran(maksiat) sebagaimana bencinya dia dilemparkan ke dalam api neraka."
Begitulah kecintaan sebenar kepada Rasulullah SAW perlu
mengikut sunnah Baginda seperti firman Allah bermaksud:
"Katakanlah (wahai
Muhammad): Jika benar kamu mengasihi Allah maka ikutilah aku, nescaya Allah
mengasihi kamu serta mengampunkan dosa kamu. Dan (ingatlah), Allah Maha
Pengampun, lagi Maha Mengasihani."
(Surah Ali-Imran, ayat 31)
Mungkin ada yang tidak selesa jika bersolat dalam keadaan
rapat serta dalam saf lurus.
Tidak kurang juga timbul perasaan geli untuk berdiri
bersentuhan bahu dan bertemu kaki ketika solat jemaah.
Ketahuilah bahawa dalam sunnah yang dipandang ringan ini,
terkandung penawar bagi penyakit perpecahan yang sedang melanda umat Islam
kini.
Daripada Abu Masud, katanya: "Rasulullah SAW menyentuh
bahu kami sebelum solat sambil berkata, luruskan barisanmu (saf), jangan
bengkok, nescaya yang menyebabkan hatimu berpecah-belah."
(Hadis riwayat
Muslim)
Rasulullah SAW mempunyai cara tersendiri mewujudkan
perpaduan utuh di kalangan sahabat dengan menyempurnakan saf.
Ini terbukti apabila generasi yang ditarbiah Rasulullah SAW
amat menjaga perpaduan dan tidak mementingkan diri seperti puak Muhajirin serta
Ansar yang dapat disatukan.
Ada pihak beranggapan tidak sempurna saf jika kanak-kanak
solat bersama, tetapi tidak pula rasa solatnya tidak sempurna jika saf tidak
lurus. Setiap kali solat Jumaat atau hari raya, jemaah bersembahyang di luar
atau di pekarangan masjid kerana ruangan dalam sudah penuh. Jika semua
mementingkan susunan saf yang betul dan lurus, pasti ada jemaah berpeluang
solat di dalam masjid. Jika benar ikhlas cintakan Rasulullah SAW dan ingin mengeratkan
perpaduan Islam, ikut sunnah nabi supaya merapatkan serta meluruskan saf supaya
hilang perasaan ego dan sombong sebaliknya lahir rasa kasih sayang.
p/s: semoga dapat ambil iktibar dan diamalkan, insya-Allah
p/s: semoga dapat ambil iktibar dan diamalkan, insya-Allah
#sharing is caring
No comments:
Post a Comment