Assalamualaikum~
So, how's your Ramadhan?I bet it's osem, right?Jadi malam ni aku nak kongsi apa yang seorang sahabat aku pernah share dekat aku.
Ianya berkaitan dengan solat.
Ayuh, luangkan sedikit masa untuk muhasabah diri mengenai solat kita...
Sabda
Rasulullah saw mafhumnya :
“solat
itu tiang agama, barangsiapa yang meninggalkan solat maka dia telah meruntuhkan
agama”
Hadis
di atas menggambarkan bahawa pentingnya solat dalam diri setiap Muslim di atas
muka bumi ini. Merupakan rukun Islam yang ke-2 yang diperintahkan oleh Allah
Maha Esa melalui Baginda Rasulullah saw dalam peristiwa Isra’ dan Mikraj.
Tetapi
muslimin dan muslimah, adakah solat yang kita tunaikan sejak kecil ini sempurna
dan diterima Allah? Macam mana kita nak tahu solat yang ditunaikan itu
sempurna? Jom kita baca maksud firman Allah ini :
“......dan dirikanlah solat, sesungguhnya solat itu mencegah
daripada (perbuatan-perbuatan) keji dan mungkar..... (surah
al-Ankabut:45)
Maksud
firman di atas cukup untuk menjawab persoalan tadi. Betul ke??
Ayat
yang di‘bold’kan
itu adalah jawapannya. Maknanya, setiap Muslim yang solat pasti akan mencegah
kemungkaran, atau nak senang faham kalau kita nak tahu sempurna ke tidak solat
itu, tengoklah akhlak kita.
Jika
baik akhlak kita, maka solat kita sempurna insya-Allah, jika akhlak kita
‘kureng’, buat dosa maka ada yang masih kurang sempurna dalam solat. Contohnya:
1.
dalam solat kita berzikir memuji Allah, di luar solat adakah kita sebegini?
2.
dalam solat kita menutup aurat dengan sempurna, di
luar solat?
3.
dalam solat kita menjaga kesihatan, di luar solat adakah kita merokok?
Contoh-contoh
di atas menggambarkan adakah solat kita semua sempurna. Menurut kajian, semua
perkara baik ada dalam solat, dan patut dipraktikkan di luar solat supaya solat
sempurna insya-Allah.
Muslimin
dan muslimah, jom kita muhasabah diri kita yang fasiq, lemah ini. Siapa kita di
hadapan Allah yang Maha Besar. Kita ibarat lebih kecil daripada abu-abu kecil
di angkasa lepas. Mari kita sempurnakan solat bersama-sama dengan ikhlas kerana
Allah yang kita cintai insya-Allah.
By Akhi Zaid
Semoga apa yang dikongsikan ini dapat diamalkan dan seterusnya disampaikan kepada orang, insya-Allah.
Semoga Allah redha akan ibadah kalian.
Selamat berpuasa dan berpesta ibadah~
No comments:
Post a Comment